Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75990 Melaka. e-mail jpipkipgmkpm@gmail.com, Tel No : 06-2824827 samb. 131

Sunday, March 28, 2010

Pertandingan Inovasi Peringkat Jabatan dan Unit IPG KPM 2010

Tarikh : 8 APRIL 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pg hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Sri Kandi IPG KPM Melaka

Perasmian : Puan Hjh Noor Hayatee binti Md Noor, Pengarah IPG Kampus Perempuan
Melayu Melaka

Anjuran : Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

SEMINAR SERANTAU PENDIDIKAN GURU PERMULAAN & PERTANDINGAN INOVASI IPG 2010

Seminar Serantau Pendidikan Guru Permulaan dan Pertandingan Inovasi Penyelidikan Antara IPG 2010 dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka & Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu,Melaka. Maklumat seminra dan pertandingsh seperti butiran berikut :

Tarikh : 5 hingga 7 Mei 2010
Tempat : Pembentangan Kertas Kerja/ Forum Seminar Serantau di Dewan Tun Fatimah
Pertandingan Inovasi Penyelidikan Antara IPG di Dewan Sri Kandi

Perasmian Pembukaan :Perasmian & Ucap Utama oleh Yang Berbahagia, Tan Sri Dr
Dr Zulkurnain bin Haji Awang, Ketua Setiausaha, Kementerian
Pelajaran Malaysia

Perasmian Penutupan :Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan, Rektor, Institut
Pendidikan Guru Induk

Mesyuarat Jawatankuasa Seminar Serantau Guru Permulaan Bil 1/2010

Tarikh : 30 Mac 2010 (Selasa)
Tempat : Bilik Mesyuarat Anjung Hikmah
Masa : 8.30 pagi

Agenda : a. Ucapan Pengerusi
b. Pembentangan Laporan Perancangan Seminar Serantau
c. Tugas dan tanggungjawab AJK Seminar Serantau
d. Hal-hal Lain

Pengerusi Mesyuarat : Puan Hjh Noor Hayatee Binti Md Noor (Pengarah)

Kehadiran tuan-puan amat dialu-alukan

Tuesday, February 23, 2010

Kelas Bimbingan Statistik SPSS

Tuan-tuan dan puan-puan,

JPIPK IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka telah menganjurkan beberapa siri kelas Bimbingan Statistik SPSS di bawah bimbingan Encik Supramaniam a/l Arjuna. Tiga siri bimbingan telah dibuat dan kelas dijalankan pada setiap minggu hari Khamis jam 3.30 petang.

Blog Master JPIPK

Kajian Tahun 2010 (Individu/ Berpasangan/ Berkumpulan dan Penjumpaan Pensyarah Kanan / Cemerlang/Kedoktoran



Satu perjumpaan bersama Pensyarah Kanan/ Cemerlang/ Kedoktoran telah diadakan pada 10 Februari 2010 untuk kajian 2010. Setiap mereka yang berkenaan dikehendaki menghasilkan kajian sama ada secara individu/berpasangan atau kumpulan. Sila hantar tajuk kajian kepada DR Haji Kamarudin Haji Abu Hassan selaku penyelaras.

Blog Master JPIPK IPG KPM

Mesyuarat Jabatan Penyelidikan JPIPK Februari 2010

Mesyuarat JPIPK akan diadakan pada 24 Februari 2010 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Jabatan.

Harap Semua Maklum

Blog Master JPIPK

Mesyuarat Pertandingan Inovasi IPG Kampus Perempuan Melayu,Melaka



Mesyuarat taklimat dan syarat Pertandingan Inovasi Peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Tarikh tutup pertandingan pada 1 April 2010 dan pertandingan dan pameran akan diadakan di Dewan Sri Kandi pada 8 April 2010.

Blog Master JPIPK IPG Kampus Perempuan Melayu

Tuesday, February 9, 2010

Perjumpaan Pensyarah Kanan, Pensyarah Cemerlang dan Kedoktoran

Semua Pensyarah Kanan, Pensyarah Cemerlang, dan Kedoktoran pada tahun 2010 diwajibkan membuat penyelidikan seperti termaktub dalam Perkara 5.8 (Bidang Tugas PPP IPG:43) sama ada secara individu, berpasangan atau kumpulan. OLeh itu Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan telah diamanahkan oleh pihak institut untuk memberi bimbingan atau bantuan kepada penyelidik yang terlibat. Dengan ini, tuan/puan dijemput untuk sesi perjumpaan seperti butiran berikut:

Tarikh : 10 Februari 2010 (Rabu)
Masa : 3.00 - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Aras 1, Anjung Hikmah
IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Tuan puan dijemput hadir.

Blog Master JPIPK IPGM KPM Melaka

Friday, February 5, 2010

Mesyuarat Serantau Pendidikan Guru Permulaan Kali Kedua IPG Induk/BPG IPG Kampus Perempuan Melayu

Mesyuarat Seminar Serantau Pendidikan Guru Permulaan IPG Induk/BPG/IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Tarikh : 4 Februari 2010 (Khamis)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Pengarah

Mohon semua hadir.

Blog Master

Thursday, January 28, 2010

Mesyuarat Penyelidikan / Pembentangan Tajuk Kajian 2010

Assalamaualaikum

Mesyuarat penyelidikan yang sepatutnya diadakan pada 27 Januari 2010 (Rabu) telah dipinda pada 3 Februari 2010 (Selasa) jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Semua pembentang tajuk kajian 2010 mewakili jabatan masing-masing diwajibkan hadir.

Sekian, terima kasih.

Salam Blog R & I

Tuesday, January 26, 2010

Mesyuarat Pembentangan Tajuk Kajian (Siri Bimbingan 1)

Tarikh : 27 Januari 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat Seri Kesidang, Anjung Takbir
Masa : 2.30 hingga 4.30 petang

Agenda Mesyuarat :

* Ucapan Pengerusi
* Taklimat Garis Panduan Penyelidikan
* Taklimat Inovasi
* Membincangkan Tajuk Kajian dengan pakar rujuk
* Hal-hal Lain

Selaku wakil jabatan, diharapkan tuan/puan dapat menyediakan tajuk kajian dan maklumat berhubung dengan kajian mewakili jabatan tuan.

Sekian, terima kasih

Blog Master R & I

Wednesday, January 20, 2010

Latihan Perkembangan Staf : Bicara Profesional Siri 2 / 2010 (Kajian Tindakan)

Latihan Pembangunan Staf akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22 Januari 2010
Hari : Jumaat
Tempat : Bilik Kesidang, Anjung Tadbir
Tajuk : Bimbingan Kajian Tindakan

Anjuran : Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Inovasi Keguruan dengan kerjasama KULDP IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Semua pensyarah dijemput hadir.

Bolg Master R & I

Thursday, January 14, 2010

Kunjung Hormat Ke Kedutaan Philiphina, Royal Of Thailand dan Brunei Darussalam

Tiga orang pensyarah dari Jabatan Penyelidikan dan Inovasi telah mengadakan kunjung hormat dengan 3 kedutaan iaitu Philiphina, Royal of Thailand dan Brunei Darussalam untuk tujuan Seminar Serantau Guru Permulaan 75 Tahun yang akan diadakan pada 5 hingga 7 Mei 2010 di Pusat Dagangan Dunia Melaka. Pensyarah terlibat ialah :

Dr Narendra Kumar a/l Anopchand,
Dr Haji Kamarudin Haji Abu Hassan dan
Encik Supramanium a/l Arjunan

Ahli rombongan juga telah pergi Putrajaya ke Pejabat Menteri Pelajaran untuk melihat kesesuaian tarikh perasmian dan ucap utama seminar. Rombongan juga telah berjumpa dengan Dr Nasaruddin Basar KPP Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Bahagian Pendidikan Guru dan Dr Zaidah Mustafar untuk membincang prosedur kertas makluman Seminar Serantau Guru Permulaan.

Terima Kasih

Blog Master JPIPK IPg KPM

Saturday, January 9, 2010

Mesyuarat Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

Mesyuarat Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh/Hari : 11 Januari 2010 (Isnin)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan

Harap Maklum

Blog Master R & I