Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75990 Melaka. e-mail jpipkipgmkpm@gmail.com, Tel No : 06-2824827 samb. 131

Monday, December 21, 2009

Mesyuarat Seminar Pendidikan Guru Permulaan Serantau Anjuran Bersama BPG-IPG Kampus Perempuan Melayu Sempena Sambutan 75 Tahun

Tarikh : 22 Disember 2009 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Anjung Hikmah, IPGM
Kampus Perempuan Melayu, Melaka
Agenda : - Ucapan Pengerusi
- Pembentangan Kertas Kerja
- Taklimat Dr Mohd Nasarudin Basar KPP BPG
- Hal-hal lain.

Kehadiran

- Puan Noor Hayatee Md Noor - Pengarah
- Datin Siti Hanipah Madarsa - Timbalan Pengarah
- Haji Omar Abdul
- Dr Segahran a/l Appoo - Ketua Jabatan R & I
- Dr Hj Kamarudin Hj Abu Hassan - Ketua Unit Pembangunan Profesionalisme
- Dr Narendra Kumar a/l Anopchand - Ketua Unit Penyelidikan
- Puan Hjh Noraini Md Yunos - Ketua Unit Penilaian Program
- En Zakariyah Julas - Ketua Unit Inovasi & Perantaraan
- Tuan Hj Md Yusof Hj Othman - Penyarah Kanan DG 52

Turut Hadir:

Dr Mohd Nasaruddin bin Basar - KPP Penyelidikan dan Inovasi BPG

Blog Master

Friday, December 11, 2009

Editor Jurnal Akademik 2009 & 2010



Assalamualaikum wbt..

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisem Keguruan IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka merakam ribuan terima kasih kepada Editor Jurnal Akademik dan Wacana Intelektual 2009 & 2010 atas Jasa dan sumbangan dalam penyuntingan bahan penyelidikan. Editor terdiri daripda Dr Segaran a/l Appoo, Dr Haji Kamarudin Haji Abu Hassan, Dr Narendra Kumar, Puan Noraini Yunos, Puan Mastura Othman, Puan Ngau Chai Hong, Musyi Muhamad Musip, Musyi Nurliza Abu Bakar, Puan Rubiah Muhamad, Puan Sapiah Rangga, Encik Abdul Khalid Osman dan Encik Idris (Grafik).

Wednesday, November 25, 2009

Mesyuarat Penerbitan Jurnal Akademik 2009 & 2010

Satu mesyuarat Penerbitan Jurnal Akademik dan Wacana Intelektual 2009 akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 7 hingga 9 Disember 2009
Tempat : Palm Springs Resort,KM21 Port Dickson, NS
Penganjur : Jabatan Penyelidikan

Peserta :Dr Segaran,Dr Hj Kamarudin, Dr Kumar, Hjh Noraini, Musyi Mohamad, Musyi Norliza, En Abdul Khalid, Encik Supramaniam, Pn Hjh Sapiah Rangga, Pn Mastura, Pn Ngau Chai Hong & Pn Rubiah Muhamad.

Harap maklum.

Blogmaster

Wednesday, November 18, 2009

Menyuarat Penyelidikan IPGM 2/2009

Mesyuarat penyelidikan IPGM KPM 2/2009 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 19 November 2009
Hari : Khamis
Masa : 2.30 petang
Tempat: Bilik Kesidang, Anjung Tadbir

Harap maklum

Friday, November 13, 2009

Pameran Inovasi Menarik Perhatian Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi




Pameran Inovasi dan Buku Penyelidikan menarik perhatian Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia YB Dr Mohd Puad Zarkashi dan Datok Asariah Shaharudin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia melawat Gerai IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Thursday, November 12, 2009

Pingat Emas dan Perak Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan 2009



IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka telah memenangi dua pingat dalam pertandingan penyelidik sempena Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan 2009 yang diadakan di Hotel Heritage, Ipoh, Perak. Seminar ini telah dirasmikan oleh YAB Dr Hj Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia dan Penutupan YB Tan Sri Dato' Haji Alimuddin Hj Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Pingat Emas : Dr Haji Kamarudin Haji Abu Hassan

Kajian Bertajuk : Permasalahan Pencapaian Prestasi Akademik Di Sekolah Pedalaman Pulau : Kajian Kes SMK Pulau Gaya, Sabah

Pingat Perak : Jurnal Akademik 2008 : Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka di ambil oleh Dr Narendra Kumar a/l Anopchand mewakili Pengarah IPG KPM

Tahniah!!!

Aku Bangga menaikkan nama mu "IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka"

Terima kasih juga kepada Puan Zaleha Tamby Adam untuk pertandingan Inovasi dan En Azman Nordin kerana membantu.

Madah Blogmaster

"Berbanggakah sebagai guru jika nun jauh di pedalaman anak-anak didik anda masih ketinggalan.

Berbanggakah sebagai pentadbir guru jika nun jauh di pedalaman ada guru terpaksa berkorban untuk anak-anak didiknya tanpa dibantu.

Berbanggakah sebagai penyelidik guru jika ada anak-anak didik masih lagi dalam kemiskinan.



Salam Blog Master JPIPK

Monday, November 9, 2009

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Salam blog

Seramai 4 orangn pensyarah daripada IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka akan meyertai seminar tersebut yang diadakan di Hotel Berverly, Ipoh Perak pada 10 hingga 12 November 2009. Nama seperti berikut:

1. Dr Haji Kamarudin Haji Abu Hassan (Pemnbentang)
2. Dr Narendra Kumar a/l Anopchand (Pembentang)
3. Puan Zaleha Thamby Adam (Inovasi)
4. Encik Azman Nordin (Peserta)

Terima kasih.
Blog Master

Friday, November 6, 2009

Seminar Pendidikan Guru 2009

Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru 2009 yang dianjurkan oleh IPGM Kampus Ipoh dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru (BPG) akan diadakan di Hotel Heritage, Ipoh pada 10 hingga 12 November 2009.

IPGM KPM terlibat dalam pameran Inovasi oleh Puan Zaleha Tamby Adam dan pembentangan kajian oleh Dr Haji Kamarudin Haji Abu Hassan dan Dr Narendra Kumar a/l Anopchand.
Turut hadir ialah Dr Segahran a/l Appoo dan Encik Azman Nordin.

Blog Master JPIPK KPM

Taklimat PUP04 Maklum Balas Pelanggan

Satu taklimat PUP04 Maklum Balas Pelanggan telah dijalankan kepada bakal guru permulaan 2010 bagi ambilan KPLI ambilan 2009 dan PISMK OUM ambilan 2006 yang akan ditempatkanke sekolah pada Januari 2010.

Taklimat ini telah diadakan di Balai Saidatina Aisyah (BISA) pada 6 November 2009 jam 8.00 pagi. Taklimat telah disampaikan oleh Dr Hj Kamarudin Haji Abu Hassan dan Puan Hajah Noraini Mod Yunos

Blog Master

Wednesday, November 4, 2009

Anak Didik Ku Sekalian

Selamat menduduki peperiksaan pada minggu depan.. Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang. Khususnya, PPISM PA & BM ambilan Julai 2009

Tahniah. Jumpa lagi

Tuesday, October 20, 2009

Seminar Penyelidikan Zon Selatan 2009

Seramai 20 orang pensyarah daripada pelbagai Jabatan di IPGN Kampus Perempuan Melayu, Melaka telah menghadiri seminar di Alson Kelana, Seremban, Negeri Sembilan. Seminar kali ini dianjurkan oleh IPGM Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. pada 20 hingga 23 Oktober 2009. Ketua Jabatan R & I. Serama 4 orang pembentang IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka membentang kajian mereka iaitu En Mohamad bin Musip, Puan Habsyah, Puan Hamsiah dan En Dzulkifli akan membentang kajian mereka. Selamat Berseminar kepada semua yang hadir.

Dr Segahran a/l Appoo
Ketua Jabatan R & I

Selamat Hari Deepavali

Selamat Hari Deepavali kepada semua warga India yang beragama Hindu. Semoga anda diberkati. Happy Deepavali.

Master Blog R & I

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kepada semua warga IPGM KPM kakitangan akademik dan kakitangan sokongan, pihak Jabatan R & I mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semoga selamat semua dalam penjalanan berjumpa ayahda bonda serta keluarga.

Kepada anak-anak didik dari PPISMP, KSPK, KDPM (KDC), PGSR dan kesemuanya kami rakamkan Salam Aidil Fitri kepada semuanya. Maaf Zahir dan Batin.

Salam Blog

Sunday, August 30, 2009

Merdeka 31 Ogos 2009 dan Selamat Bertugas

Salam Blog Master,

Setelah bercuti pertengahan semester, cuti Ramdhan Al-MUbarak dan Hari Merdeka 31 Ogos, marilah kita betekad untuk bekerja dengan penuh ikhlas untuk anak didik kita yang bakal menjadi guru.

Blog Master

Saturday, August 22, 2009

Selamat Hari Jadi

Selamat Hari Jadi kepada Dr Narendra Kumar a/l Anopchand pensyarah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi IPGM KPM Melaka.

Blog Master

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum..

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi IPGM KPM Perempuan Melayu Melaka mengucapkan Selamat Berpuaan kepada semua warga IPGM KPM Melaka yang beragama Islam. Semoga amal ibadat diterima disisi Allah SWT.

Blog Master

Saturday, August 15, 2009

Kajian Status Sekolah Pedalaman Pulau Di Semporna Sabah

Tiga penyelidik dari Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Dr Mohd Aziz Mohd Din dari IPGM Kampus Kota Bharu, Dr Haji Kamarudin Haji Abu Hasaan IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka dan Dr Mohd Azhar Mat ALi IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan terlibat dalam kajian Sekolah Pulau di Semporna Sabah pada 11 hingga 16 Ogos 2009. Sekolah terlibat ialah SK Pulau Omadal, SK Pulau Sumandi dan SK Pulau Lelapan. Beberapa penemuan baru telah diperolehi untuk dibentang di peringkat tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Makluman blog.

Sunday, August 9, 2009

Kajian Amalan Pendidikan Anak Orang Asli Hutan Belum Gerik Perak

Seramai 28 guru pelatih PPISMP dari unit PK 3, PK 1, PK 4 dan PL 2 telah terlibat dalam Kajian Amalan Pendidikan Anak Orang Asli di Hutan Belum Gerik Perak pada 6 hingga 9 Ogos 2009. Dua Pensyarah pengiring turut sertai iaitu Dr Hj Kamarudin Haji Abu Hassan dan Tuan Haji Mat Isa Mamat.







Pergerakan Pensyarah Jabatan Penyelidikan & Inovasi

Pergerakan pensyarah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi pada 10 hingga 15 Ogos 2009 seperti berikut:

Menjalankan tugas Ketua Jabatan - Puan Hajah Noraini Md Yunos (10 Ogos 2009)
Dr Segahran a/l Appoo - Majlis Konvokesyen Universiti Malaya (Ijazah Kedoktoran)
Dr Narendra KUmar a/lAnopchand - Fasilitator Kursus 12 Minggu IPBA 10 - 11 Ogos 2009
Dr Hj Kamarudin Haji Abu Hassan - Kajian Status Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah Pulau Projek Pensiangan Salinantan di Semporna Sabah (11 hingga 15 Ogos 2009)
Encik Zakariyah Julas - Mesyuarat di IPTHO 11-12 Ogos 2009.

Harap Maklum

Blog Master JPIPK IPGMKPM Melaka

Pensyarah Bertugas Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

Perhatian Untuk Pensyarah Jabatan Penyelidikan.

Berikut adalah senarai tugas pensyarah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi ;

6 Ogos 2009 (Khamis)- Dr Haji Kamarudin Haji Abu Hassan
7 Ogos 2009 (Jumaat) - Dr Narendra Kumar a/l Anopchand
10 Ogos 2009 (Isnin)- Encik Zakariyah Julas
11 Ogos 2009 (Selasa) Tuan Haji Md Yusof Othman
12 Ogos 2009 (Rabu) Puan Hajah Noraini Md Yunos

Harap Maklum

Master Blog

Tuesday, August 4, 2009

Bicara Profesional Staf Sokongan Siri 4/2009

Assalamualaikum wbt...

Jabatan Penyelidikan dan Profesionalisme akan menganjur satu lagi siri Bicara Profesional seperti butiran berikut :

Tarikh : 8 Ogos 2009 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Kesidang
Tajuk : Keibubapaan
Fasilitator : Dr Narendra Kuamar a/l Anopchand

Semua staf sokongan dan akademik dijemout hadir.

Sekian, terima kasih

Urusetia

Friday, July 31, 2009

Majlis Konvokesyen UM Kurniaan Kedoktoran Dr Segaran

Tahniah daripada warga IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka atas kurniaan Ijazah Kedoktoran sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malays pada 10 Ogos 2009. Semoga kedoktoran yang diperolehi akan memberi manfaat kepada agama,bangsa dan negara.

Warga IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka

Wacana Intelektual Pembentangan Kajian 1

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionaliseme Keguruan IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang hadir untuk pembentangan kajian oleh Dr Haji Kamarudin Haji Abu Hassan bertajuk "Pentaksiran E-Suara Pelajar Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran" pada 31 Julai 2009 jam 4.00 petang di Bilik Kesidang.



Urusetia
Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan
IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Taklimat PTK 48, 52 dan 54

Taklimat PTK 48. 52 dan 58 format telah diadakan pada 30 Julai 2009 jam 3.00 petang di Bilik Kesidang, IPGM, KPM Melaka disampaikan oleh Tuan Haji Ab Ghani Taib oleh Mantan KJ Penyelidikan dan Pembangunan IPPM. lah di anjurkan oleh JPIPKIPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Seramai 38 pensyarah telah hadir dan 4 orang pegawai BPG. Terima kasih kepada yang hadir.


Urusetia
JPIPK IPGM Kampus Perempuan Melayu
Melaka

Wednesday, July 29, 2009

Wacana Intelektual Pembentangan Kajian 1

Makluman,

Pembentangan Kajian Yang memenangi Pingat Perak dalam Pertandingan "20th International Invention, Inovation & Tecnology Exhibition ITEX 2009, Malaysia".

Tarikh / Hari : 31 Julai 2009 (Jumaat)
Masa : 3.00 hingga 4.00 petang
Tempat : Bilik Kesidang
IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka
Pembentang : Dr Haji Kamarudin Haji Abu Hassan




Semua warga IPGM KPM Melaka dijemput hadir.

Urus Setia
Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan
IPGM Kampus Perempuan Melayu
Melaka 2009

Sunday, July 26, 2009

Jurnal Akademik 2008 * Wacana Intelektual XI0 2008

Warga IPGM KPM Melaka,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmatNya, Jurnal Akademik 2008 dan Wacana Intelektual XI0 2008 telah berjaya diterbitkan. Sesiapa yang ingin mendapatkan kedua-dua naskah berkenaan untuk koleksi peribadi sila rujuk kepada koperasi IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Sekian, terima kasih.

Dr Haji Kamarudin Haji Abu Hassan,
Ketua Editor.

Sunday, July 19, 2009

Borang Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (SSKP) KPLI Ambilan Januari 2008

Assalamualaikum wbt....

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPGM KPM Melaka mengharapkan semua Guru Permulaaan KPLI Ambilan Januari 2008 penempatan ke sekolah pada Januari 2009 menghantar borang soal selidik SSKP kepada jabatan ini seberapa segera untuk dianalisis oleh pihak kami. Sila beri kerjasama supaya pihak kami dapat menghantar laporan MSISO PUP04 Maklum Balas kepada Bahagian Pendidikan Guru pada minggu pertama bulan Ogos, 2009.

Harap dapat kerjasama semua.

Pemegang PUP04 Maklum Balas Pelanggan
JPIPK IPGM KPM Melaka

Kursus Penilaian Program

Assalamualaikum wbt

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme akan mengadakan Kursus Penilaian Program pada 12 hingga 14 Ogos 2009 di Hotel Midah, Kuala Lumpur. Semua pensyarah yang terlibat dikehendaki bersedia untuk tujuan ini. Sebarang masalah sila rujuk kepada urusetia.

Harap maklum

Saturday, July 18, 2009

Selamat Datang Ke Blog JPIPK IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Assalamualaikum wbt....

Salam hormat kepada semua warga penyelidik khususnya pensyarah dan guru pelatih daripada IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka kerana sudi menghadirkan diri dalam laman blog jabatan ini untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh jabatan ini untuk tujuan perkongsian ilmu. Sebarang teguran dan kritikan tentang blog ini amat dialau-alukan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

Salam dari kami Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesinalisme Keguruan JPIPK KPM Melaka.