Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75990 Melaka. e-mail jpipkipgmkpm@gmail.com, Tel No : 06-2824827 samb. 131

Friday, July 31, 2009

Majlis Konvokesyen UM Kurniaan Kedoktoran Dr Segaran

Tahniah daripada warga IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka atas kurniaan Ijazah Kedoktoran sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malays pada 10 Ogos 2009. Semoga kedoktoran yang diperolehi akan memberi manfaat kepada agama,bangsa dan negara.

Warga IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka

Wacana Intelektual Pembentangan Kajian 1

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionaliseme Keguruan IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang hadir untuk pembentangan kajian oleh Dr Haji Kamarudin Haji Abu Hassan bertajuk "Pentaksiran E-Suara Pelajar Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran" pada 31 Julai 2009 jam 4.00 petang di Bilik Kesidang.



Urusetia
Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan
IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Taklimat PTK 48, 52 dan 54

Taklimat PTK 48. 52 dan 58 format telah diadakan pada 30 Julai 2009 jam 3.00 petang di Bilik Kesidang, IPGM, KPM Melaka disampaikan oleh Tuan Haji Ab Ghani Taib oleh Mantan KJ Penyelidikan dan Pembangunan IPPM. lah di anjurkan oleh JPIPKIPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Seramai 38 pensyarah telah hadir dan 4 orang pegawai BPG. Terima kasih kepada yang hadir.


Urusetia
JPIPK IPGM Kampus Perempuan Melayu
Melaka

Wednesday, July 29, 2009

Wacana Intelektual Pembentangan Kajian 1

Makluman,

Pembentangan Kajian Yang memenangi Pingat Perak dalam Pertandingan "20th International Invention, Inovation & Tecnology Exhibition ITEX 2009, Malaysia".

Tarikh / Hari : 31 Julai 2009 (Jumaat)
Masa : 3.00 hingga 4.00 petang
Tempat : Bilik Kesidang
IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka
Pembentang : Dr Haji Kamarudin Haji Abu Hassan




Semua warga IPGM KPM Melaka dijemput hadir.

Urus Setia
Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan
IPGM Kampus Perempuan Melayu
Melaka 2009

Sunday, July 26, 2009

Jurnal Akademik 2008 * Wacana Intelektual XI0 2008

Warga IPGM KPM Melaka,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmatNya, Jurnal Akademik 2008 dan Wacana Intelektual XI0 2008 telah berjaya diterbitkan. Sesiapa yang ingin mendapatkan kedua-dua naskah berkenaan untuk koleksi peribadi sila rujuk kepada koperasi IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Sekian, terima kasih.

Dr Haji Kamarudin Haji Abu Hassan,
Ketua Editor.

Sunday, July 19, 2009

Borang Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (SSKP) KPLI Ambilan Januari 2008

Assalamualaikum wbt....

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPGM KPM Melaka mengharapkan semua Guru Permulaaan KPLI Ambilan Januari 2008 penempatan ke sekolah pada Januari 2009 menghantar borang soal selidik SSKP kepada jabatan ini seberapa segera untuk dianalisis oleh pihak kami. Sila beri kerjasama supaya pihak kami dapat menghantar laporan MSISO PUP04 Maklum Balas kepada Bahagian Pendidikan Guru pada minggu pertama bulan Ogos, 2009.

Harap dapat kerjasama semua.

Pemegang PUP04 Maklum Balas Pelanggan
JPIPK IPGM KPM Melaka

Kursus Penilaian Program

Assalamualaikum wbt

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme akan mengadakan Kursus Penilaian Program pada 12 hingga 14 Ogos 2009 di Hotel Midah, Kuala Lumpur. Semua pensyarah yang terlibat dikehendaki bersedia untuk tujuan ini. Sebarang masalah sila rujuk kepada urusetia.

Harap maklum

Saturday, July 18, 2009

Selamat Datang Ke Blog JPIPK IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Assalamualaikum wbt....

Salam hormat kepada semua warga penyelidik khususnya pensyarah dan guru pelatih daripada IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka kerana sudi menghadirkan diri dalam laman blog jabatan ini untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh jabatan ini untuk tujuan perkongsian ilmu. Sebarang teguran dan kritikan tentang blog ini amat dialau-alukan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

Salam dari kami Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesinalisme Keguruan JPIPK KPM Melaka.