Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75990 Melaka. e-mail jpipkipgmkpm@gmail.com, Tel No : 06-2824827 samb. 131

Thursday, November 12, 2009

Pingat Emas dan Perak Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan 2009



IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka telah memenangi dua pingat dalam pertandingan penyelidik sempena Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan 2009 yang diadakan di Hotel Heritage, Ipoh, Perak. Seminar ini telah dirasmikan oleh YAB Dr Hj Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia dan Penutupan YB Tan Sri Dato' Haji Alimuddin Hj Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Pingat Emas : Dr Haji Kamarudin Haji Abu Hassan

Kajian Bertajuk : Permasalahan Pencapaian Prestasi Akademik Di Sekolah Pedalaman Pulau : Kajian Kes SMK Pulau Gaya, Sabah

Pingat Perak : Jurnal Akademik 2008 : Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka di ambil oleh Dr Narendra Kumar a/l Anopchand mewakili Pengarah IPG KPM

Tahniah!!!

Aku Bangga menaikkan nama mu "IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka"

Terima kasih juga kepada Puan Zaleha Tamby Adam untuk pertandingan Inovasi dan En Azman Nordin kerana membantu.

Madah Blogmaster

"Berbanggakah sebagai guru jika nun jauh di pedalaman anak-anak didik anda masih ketinggalan.

Berbanggakah sebagai pentadbir guru jika nun jauh di pedalaman ada guru terpaksa berkorban untuk anak-anak didiknya tanpa dibantu.

Berbanggakah sebagai penyelidik guru jika ada anak-anak didik masih lagi dalam kemiskinan.



Salam Blog Master JPIPK

3 comments:

  1. Tahniah! kepada semua diatas kejayaan. Semoga kejayaan ini menjadi 'bench mark' kepada semua warga IPPM untuk membudayakan penyelidikan.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada warga IPPM khususnya Dr.Hj.Kamarudin dan kumpulan penyelidik IPPM yang berjaya mengharumkan nama IPPM.. Syabas

    ReplyDelete