Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75990 Melaka. e-mail jpipkipgmkpm@gmail.com, Tel No : 06-2824827 samb. 131

Thursday, January 28, 2010

Mesyuarat Penyelidikan / Pembentangan Tajuk Kajian 2010

Assalamaualaikum

Mesyuarat penyelidikan yang sepatutnya diadakan pada 27 Januari 2010 (Rabu) telah dipinda pada 3 Februari 2010 (Selasa) jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Semua pembentang tajuk kajian 2010 mewakili jabatan masing-masing diwajibkan hadir.

Sekian, terima kasih.

Salam Blog R & I

Tuesday, January 26, 2010

Mesyuarat Pembentangan Tajuk Kajian (Siri Bimbingan 1)

Tarikh : 27 Januari 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat Seri Kesidang, Anjung Takbir
Masa : 2.30 hingga 4.30 petang

Agenda Mesyuarat :

* Ucapan Pengerusi
* Taklimat Garis Panduan Penyelidikan
* Taklimat Inovasi
* Membincangkan Tajuk Kajian dengan pakar rujuk
* Hal-hal Lain

Selaku wakil jabatan, diharapkan tuan/puan dapat menyediakan tajuk kajian dan maklumat berhubung dengan kajian mewakili jabatan tuan.

Sekian, terima kasih

Blog Master R & I

Wednesday, January 20, 2010

Latihan Perkembangan Staf : Bicara Profesional Siri 2 / 2010 (Kajian Tindakan)

Latihan Pembangunan Staf akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22 Januari 2010
Hari : Jumaat
Tempat : Bilik Kesidang, Anjung Tadbir
Tajuk : Bimbingan Kajian Tindakan

Anjuran : Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Inovasi Keguruan dengan kerjasama KULDP IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Semua pensyarah dijemput hadir.

Bolg Master R & I

Thursday, January 14, 2010

Kunjung Hormat Ke Kedutaan Philiphina, Royal Of Thailand dan Brunei Darussalam

Tiga orang pensyarah dari Jabatan Penyelidikan dan Inovasi telah mengadakan kunjung hormat dengan 3 kedutaan iaitu Philiphina, Royal of Thailand dan Brunei Darussalam untuk tujuan Seminar Serantau Guru Permulaan 75 Tahun yang akan diadakan pada 5 hingga 7 Mei 2010 di Pusat Dagangan Dunia Melaka. Pensyarah terlibat ialah :

Dr Narendra Kumar a/l Anopchand,
Dr Haji Kamarudin Haji Abu Hassan dan
Encik Supramanium a/l Arjunan

Ahli rombongan juga telah pergi Putrajaya ke Pejabat Menteri Pelajaran untuk melihat kesesuaian tarikh perasmian dan ucap utama seminar. Rombongan juga telah berjumpa dengan Dr Nasaruddin Basar KPP Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Bahagian Pendidikan Guru dan Dr Zaidah Mustafar untuk membincang prosedur kertas makluman Seminar Serantau Guru Permulaan.

Terima Kasih

Blog Master JPIPK IPg KPM

Saturday, January 9, 2010

Mesyuarat Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

Mesyuarat Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh/Hari : 11 Januari 2010 (Isnin)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan

Harap Maklum

Blog Master R & I